PERPADUAN DAN PERKAUMAN MASYARAKAT MALAYSIA

 
           PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU21032)
        PUAN NORAINI BINTI NAWAWI
 
       AHLI KUMPULAN

       NIK SYERIL AIDA BT SANGPRI ( 02DAT20F2011)

         NOR NATASYA BINTI MOHD SHARIF (02DAT20F2022)

             NURSYAIDATUL AL SYAURAH BINTI ZULKIFLY (02DAT20F2044)

    ARIFAH HANIS BINTI AZUAN (02DAT20F2018)

   NOR AZWA SUHAILA BINTI USHRI (02DAT20F2003)


SESI DISEMBER 2020


PERPADUAN DAN PERKAUMAN DI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN 

PENGENALAN

FAKTOR PERPADUAN DAN PERKAUMAN

KESAN PERPADUAN DAN PERKAUMAN 

KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN




PENGENALAN

Kepelbagaian etnik dan budaya menimbulkan pelbagai cabaran kepada sesebuah masyarakat di Malaysia. Setiap komuniti mempunyai etika dan peradaban yang berbeza yang dijelmakan dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Perhubungan diantara kumpulan ethnik biasanya menjadi renggang dan tegang apabila perasaan perkauman yang tinggi diperlalatkan oleb sesuatu golongan tertentu sama ada politik atau ekonomi. Maka, Kesediaan tawar menawar, berunding dan melakukan mediasi membawa keamanan dan kestabilan di Malaysia semenjak Merdeka.Inilah kesepaduan nasional yang telah wujud dan didukung terus menerus haruslah dimantapkan. Terdapat tiga rangkaian proses yang bergerak serentak dipacu oleh motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yanh diusahakan. Dalam konteks ini, terdapat tiga lapisan perpaduan iaitu, perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Perpaduan merupakan bentuk kesatuan yang merupakan matlamat akhir yang diidamkan oleh sesebuah negara. Kesepaduan ialah keadaan bersepadu dan menjadi kesatuan yang utuh manakala penyatupaduan ialah proses menyatupadukan iaitu ysaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat.

Tanah air kita, Malaysia, merupakan sebuah negara yang unik dan berbilang kaum, sensitif dari segi hubungan etniknya. Walaupun terdapat negara-negara lain di dunia yang mempunyai komposisi etnik yang berbilang kaum dan bangsa, namun kekayaan dan keunikan Malaysia dari segi itu adalah amat berbeza dan cukup mantap. Kepelbagaian etnik dan budaya menimbulkan pelbagai cabaran kepada sesebuah masyarakat di Malaysia. Setiap komuniti mempunyai etika dan peradaban yang berbeza yang dijelmakan dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Perhubungan diantara kumpulan ethnik biasanya menjadi renggang dan tegang apabila perasaan perkauman yang tinggi diperlalatkan oleh sesuatu golongan tertentu sama ada politik atau ekonomi.

 

Maka, Kesediaan tawar menawar, berunding dan melakukan mediasi membawa keamanan dan kestabilan di Malaysia semenjak Merdeka.Inilah kesepaduan nasional yang telah wujud dan didukung terus menerus haruslah dimantapkan. Terdapat tiga rangkaian proses yang bergerak serentak dipacu oleh motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yanh diusahakan. Dalam konteks ini, terdapat tiga lapisan perpaduan iaitu, perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Perpaduan merupakan bentuk kesatuan yang merupakan matlamat akhir yang diidamkan oleh sesebuah negara. Kesepaduan ialah keadaan bersepadu dan menjadi kesatuan yang utuh manakala penyatupaduan ialah proses menyatupadukan iaitu usaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat. perkembangan ekonomi dan sosiologi masyarakat serta budaya di Malaysia adalah berkait rapat dengan peristiwa bersejarah yang boleh dijejaki sejak 2000 tahun yang lalu. Sejak Zaman Pengaruh Hindu-Buddha sehinggalah ke Zaman Penjajahan British, negara kita sudah banyak berevolusi dan matang dari segi sosiologi dan hubungan etniknya. Dalam negara pelbagai etnik seperti di Malaysia, pemahaman terhadap pelbagai budaya ini amatlah penting bagi menjamin perpaduan dan keharmonian kaum sepanjang masa.

 

Menyedari hakikat itu, kajian hubungan etnik di Malaysia amatlah penting, bukan sahaja untuk memahami cara hidup, kebudayaan dan sejarah sesuatu kaum di negara kita malahan untuk mengekalkan dan mengukuhkan perpaduan kaum itu sendiri. Perkembangan hubungan etnik di negara kita sangatlah dinamik. Jika kita meningbas Kembali pada zaman pra-merdeka, kita dapat meneliti  bahawa komposisi utama kaum di negara kita di dominasi oleh tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Selepas pembentukan gagasan Malaysia, kemasukan negeri Sabah dan Sarawak telah mempengaruhi dan mewarnai lagi perkembangan hubungan etnik di negara kita.

 

Kemajuan dari zaman ke zaman telah memberi  pelbagai cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 'Rambut sama hitam hati lain-lain' adalah peribahasa yang tepat jika kita membanding satu individu dengan yang lain. Inikan pula apabila kita membanding satu kelompok manusia dengan kelompok lain yang berbeza warna kulit, bahasa dan agama. Peristiwa hitam seperti kejadian 13 Mei 1969 dan rusuhan Kampung Medan mengajar kita tentang satu perkara penting. Perpaduan kaum merupakan satu elemen yang wajib untuk mengekalkan keamanan sesebuah negara. Oleh yang demikian, kerajaan sentiasa meletakkan perpaduan di tempat pertama dan perkembangannya adalah selaras dengan pembangunan negara. 


 

 

MAKSUD ISU PERPADUAN DAN PERKAUMAN       

 

Perpaduan

Perpaduan bermaksud penyatuan dan darjah serta menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Asas perpaduan sesuatu masyarakat berbeza.

 

Dalam masyarakat biasa, Ia mungkin berdasarkan kekeluargaan dan nilai murni seperti hormat menghormati, kasih saying dan Bersatu padu. Bagi konteks masyarakat, ianya lebih kompleks kerana terdapat beberapa teori berkaitan dengan factor penyumbang kepada perpaduan sosial.Selain itu, Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.

 

 

Perkauman

Perkauman pula bermaksud orang yang mengamalakan kepercayaan dan junjungan bahwa bangsanya sahaja yang dianggap unggul selain bangsa lain di dunia Jika dirujuk dalam kata sifat pula, perkauman dinyatakan berkaitan dengan perbuatan diskriminasi ke atas sesebuah bangsa atau agama. Isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum  juga dikaitakn dengan isu perkauman dalam lingkungan aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya.  Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.

 

Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Kini dengan adanya laman sosial, kebayakan mereka yang memberitahu pihak berkuasa atas pelecehan yang dibuat untuk mempermainkan sesuatu perkauman. Jika perkara ini tidak diambik peduli oleh masyarakat sekeliling ianya  juga penyebab maslah perkauman bakal dibawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut. Baru- baru ini terdapat masyarakat melayu yang memperlekehkan pakaian tradisional kaum Iban dengan menghina jenis kain, cara buatan dan sebagainya. Ianya telah menimbulkan kemarahan kepada kaum iban itu sendiri dan telah melaporkan kepada pihak berkuasa. Tindakan tersebut diambil dan pasangan suami isteri tersebut memohon maaf atas Tindakan mereka.  

 

Isu- isu perkauman ini boleh mengugat perpaduan yang Bersatu padu menjadi belah. Jika kesepakatan d\tidak lagi dipersetujui, ianya akan membawa kepada ancaman terutama kepada orang awam. Isu sensetif ini boleh mencetus konflik dan perselisihan kaum yang amat ketara. Perselisihan berkaitan dengan agama mewujudkan suasana yang prejudis, prasangka dan hubungan yang tidak baik  diantara kaum. Malah jika masalah ini berterusan, ianya akan menghilang raha hormat diantara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana yang tidak aman dan mengurangkan kesefahaman diantara satu sama lain. Kesemua gangguan ini akan menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum yang merencatkan keselesaan berkomunikasi dan kesejahteraan rakyat yang pelbagai kaum.

 

FAKTOR

Pelbabagai faktor yang menyebabakan perpaduan masyarakat di Malaysia



Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeriss


             Disebabkan oleh dasar  “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British telah menyebabkan berlakunya rusuhan etnik di Tanah Melayu. Dasar yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan diamalkan oleh penjajah British menyebabkan wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga pola penempatan kaum. contohnya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan  kaum cina memiliki aset yang paling tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar bekerja  sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.


             British mengamalkan dasar pecah dan perintah ini bertujuan untuk menyekat ketiga-tiga kaum ini daripada bersatu padu, British menyedari bahawa sekiranya tiga kaum utama ini bersatu maka akan menyebabkan kepentingan dan sumber ekonomi mereka akan terjejas. Masyarakat  melayu  terdiri  dari  petani  dan  nelayan  di  kampung, masyarakat  cina  pula  telah  mewarisi  perniagaan  secara  turun  temurun dan  tinggal  di  bandar  manakala  masyarakat  india  bekerja  sebagai penoreh getah  dan  tinggal  di  estet. Dasar  ini  telah  berjaya  direalisasikan  bagi mewujudkan  kelompok-kelompok  etnik  yang  berdasarkan  kegiatan ekonomi  yang  tinggal  dalam  kelompok  masing-masing.  Kesannya, interaksi  antara  kaum  hanya  terbatas  di  pasar  sahaja.  Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.


Keadaan seperti ini menyebabkan hubungan atau komunikasi antara kaum di Tanah Melayu menjadi terbatas suatu ketika dahulu. Bagi penjajah British keadaan seperti ini juga sudah memadai bagi mengukuhkan kedudukan serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan.

Melalui Peristiwa 13 Mei 1969 Dijadikan Teladan

 

Pada tanggal 13 Mei 1969, keharmonian negara telah dikejutkan dengan peristiwa yang hampir meragut dan menghancurkan keutuhan negara. lebih-lebih lagi baru enam tahun usia pembentukan Malaysia. Tragedi ini berlaku ekoran daripada pelbagai isu-isu sensetif telah disentuh bagi mencapai kemenangan dan untuk kepentingan diri sendiri.

 

Bagi mengatasi Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi nasional. Antara dasar–dasar dan pelan tindakan khas kerajaan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971 – 1990 dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) 1991 – 2000, Dasar Wawasan Negara dan juga Program 1 Malaysia.

 

 

 

 

Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak semasa berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Antara faktor berlakunya peristiwa itu ialah kerana keadan ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu secara keseluruhannya boleh dikatakan dikuasai oleh masyarakat dari kaum Cina. Masyarakat Cina turut menguasai perniagaan dan bank di kawasan bandar dan juga kawasan-kawasan perlombongan bijih timah. keadan ekonomi yang dikuasai oleh sekolompok masyarakat sahaja membawa kepada berlakunya ketidakseimbangan ekonomi serta menimbulkan perasaan iri hati dan benci dalam kalangan penduduk di Malaysia.

 

 

 

Peristiwa 13 Mei

 

Dalam waktu yang membimbangkan ini, punca tercetusnya perusuhan itu dikesan dan langkah mengatasinya telah diambil. Penggubalan dasar ini bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dengan memperbetulkan ketidakseimbangan sosio – ekonomi antara kaum dan wilayah. Ia juga diwujudkan untuk mempertingkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan sebagai usaha untuk membasmi perasaan tidak puas hati dalam masyarakat.

 

Bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, usaha diteruskan lagi dengan pelancaran dasar pembangunan nasional pada 17 Jun 1991. Dasar tersebut meneruskan pencapaian DEB dalam pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

 

Objektifnya ialah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, maju, aman dan makmur berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara.

 

Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020 merupakan usaha kerajaan untuk mengembangkan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan meliputi aspek-aspek politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu di mana masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing.

 

Konsep 1 Malaysia

 

Konsep 1Malaysia telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib pada 3 April 2009. Konsep 1 Malaysia ini memberi aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.

 

Konsep ini juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”

 

Untuk mencapai kemajuan bagi negara,sikap penerimaan antara kaum membawa kepada perpaduan yang utuh perlu diamalkan. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

 

 

 

\Logo 1 Malaysia

 

Pendidikan

 

Persefahaman kaum juga dapat dipupuk secara berkesan menerusi pendidikan. Antara langkah yang dilakukan ialah dengan penubuhan sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum.

Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah.

 

Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat integrasi nasional.

 

Inisiatif ini diambil pengajaran daripada sistem pendidikan penjajah dimana sekolah ditubuhkan mengikut kaum. Contohnya, sekolah Cina untuk kaum Cina, sekolah India untuk kaum India dan begitu juga dengan bangsa Melayu. Sukatan pelajaran yang dipelajari juga adalah berbeza-beza kerana masing-masing sekolah menggunakan sukatan pelajaran dari negara asal. mereka juga menggunakan bahasa ibunda dalam pertuturan seharian menyebabkan komunikasi sukar untuk dilakukan dengan kaum lain.

 

Oleh itu, penubuhan sekolah kebangsaan adalah faktor yang membawa kepada perpaduan dan kemasyarakatan di Malaysia. Ini kerana, dengan adanya sekolah ini, pelajar dapat berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan Bahasa Melayu. Ini memudahkan lagi proses suai kenal dan memahami antara satu sama lain.

 

Penambahbaikan telah dilakukan dalam kurikulum. Antara usaha telah dilaksanakan antaranya adalah:

 

1)     Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.

 

2)     Kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.

 

3)     Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.

 

4) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya - menyediakan pendidikan yangg      menyeluruh, seimbang & bersepadu.

 

5)    Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang & mutu dengan mengagihkan peruntukan    secara adil & memberi perhatian khas kepada golongan yang kurang bernasib baik &  kawasan luar bandar atau pedalaman.

 

 

 

Sekolah Kebangsaan

 

Penubuhan Parti Politik

 

Penubuhan parti politik di negara kita bermula sekitar 1940. hal ini kerana wujudnya kesedaran politik rentetan pengenalan Malayan Union. Penubuhan Malayan Union adalah ditentang sama sekali oleh orang Melayu kerana kerakyatan Jus Soli memberikan hak sama rata kepada semua kaum dan ini dianggap boleh melemahkan lagi kedudukan orang Melayu. Oleh itu, Malayan Union dibubarkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Selepas itu, UMNO, MCA, MIC pula ditubuhkan dengan objektif awal untuk membela kedudukan kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

 

Masing-masing kaum menpunyai tempat untuk mengadu dan aduan tersebut akan disuarakan dalam persidangan yang dilaksanakan. Sistem ini juga lebih teratur kerana pemimpin parti politik yang akan membela kedudukan kaum masing-masing dalam apa jua aspek berbanding dengan menggunakan teknik pertumpahan darah seperti peristiwa 13 Mei. Ini dapat mengelakkan sikap berat sebelah seterusnya membawa kepada pertumpahan darah. Ini juga dapat membawa kepada perpaduan dan kemasyarakayan di negara ini.

 

Terbentuknya Parti Perikatan hasil gabungan UMNO, MCA, MIC seterusnya merapatkan lagi hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik yang bermaufakat dalam usaha memupuk kerjasama kaum ke arah mencapai perpaduan. Perpaduan dan kemasyarakatan yang dibentuk dapat menjamin keadan negara yang aman dan damai. Selain itu, rakyat juga dapat berkerjasama antara satu sama lain.

 

 

 

Tokoh-Tokoh Politik MCA, UMNO Dan MIC

 

Peranan Media Massa

 

Media massa merupakan satu saluran yang dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai dengan efisien. Media massa boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik. Menurut L. John Martin, media massa merujuk kepada alat yang mewujudkan interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih moden.

 

Media dapat menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan dalam sesuatu masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii). Oleh itu, media memainkan peranan yang amat penting bagi memperbaiki hubungan antara kaum yang menjadi semakin buruk ini.

 

Media cetak seperti surat khabar, majalah dan buku membantu menyedarkan maklumat kepada masyarakat. Dengan memaparkan info mengenai sejarah, ciri-ciri kebudayaan dan agama kaum yang terdapat di dalam Negara kita dalam ruangan akhbar, orang ramai dapat mengetahui dan memahami perbezaan antara satu sama lain. Justeru, rasa hormat-menghormati antara satu sama lain akan ditimbulkan dalam hati setiap individu.

 

Di samping itu, media elektronik seperti televisyen, radio, laman web dan lain-lain juga merupakan satu peralatan yang dapat menyebarkan maklumat kepada orang ramai dengan mudah. Media elektronik memainkan peranan dengan menayangkan iklan-iklan yang boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat.

 

Sebagai contohnya, kempen–kempen yang ingin dijalankan oleh kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan haruslah dibantu oleh media elektronik kerana saluran ini adalah alat yang berkesan dalam penyampaian maklumat pada zaman teknologi yang canggih ini.

 

Peranan ini membolehkan orang ramai melibatkan diri dalam kempen berkenaan dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat kerajaan bagi menanam semangat perpaduan.

 

 

 

Contoh Peranan Media Massa

 

Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

 

Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu mewujudkan keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat memupuk perpaduan nasional. Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu bumbung. Mereka akan bekerjasama untuk menjalankan aktiviti bersama-sama, berinteraksi dan bergaul mesra.

 

Dengan itu, mereka akan terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan. Selain daripada kerajaan yang bertanggungjawab mengekalkan keharmonian negara, masyarakat sendiri perlu turut memikul peranan penting dalam menjamin keharmonian negara berkekalan.

 

 

 

Program PLKN

 

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor-faktor yang membawa kepada perpaduan dan kemasyarakatan bagi menghasilkan negara yang aman dan sejahtera. selain itu, perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.

 

Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

 

Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.





KESAN

 

Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia.

 

 

 

   Antara kesan perpaduan kaum di Malaysia ialah, sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan boleh dijadikan platform untuk mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat sambil memperbaharui ikatan persahabatan. Keharmonian demi kesatuan ini juga merupakan keunikan yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni. Misalnya, rumah terbuka bagi setiap satu perayaan diadakan untuk meraikan perpaduan kaum yang memupuk amalan ziarah-menziarahi, saling menolong dan semangat kejiranan sebagai budaya harian kita.

 

   Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara. Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.

 

   Seterusnya perpaduan kaum juga menjadi landasan kepada kerjayaan sukan di Malaysia.ini dapat dilihat Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat dicapai.Bukan itu sahaja,walaupun atlet di Malaysia berlainan kaum dan agama tetapi mereka membawa matlamat yang sama iaitu mengibarkan bendera Malaysia dinpesada dunia.

 

   Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.

 

KEPENTINGAN

 

KEPENTINGAN PERPADUAN

 

 

 

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

 

 

 

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.

 

 

 

 

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia.

 


KESIMPULAN

Isu perpaduan dan perkauman kaum, kita dapat lihat dimana banyak masalah akan timbul ekoran tidak wujudnya persepakatan padu di antara kaum. Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan sejak 53 tahun lalu, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 dan peristiwa penjajah inggeris yang membuat dasar pecah dan perintah haruslah diambil sebagai pengajaran dalam mewujudkan persepakatan diantara kaum. Semua masyarakat haruslah berganding bahu dalam membantu mewujudkan Negara yang harmoni. “Malaysia truly Asia”


Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan       kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelelsaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian etnik.



RUJUKAN

1.BUKU- Munirah Mustaffa, Mohamad Bazli Md Radzi, Naimah Ghazali Wan Mohd Tarmizi Wan Othman, Mohamad Faizal Ahmat, Mohamad Tarmizi Balya. (2020). Penghayatan Etika Dan Peradaban. Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching Sarawak KM22, Jalan Matang, 93050 Kuching Sarawak. Perpustakaan Negara Malaysia.

            https://ejournal.ukm.my/akademika/article/viewFile/617/2228

https://core.ac.uk/download/pdf/159188627.pdf https://www.sinarharian.com.my/article/60309/SUARA-SINAR/Pojok/Sukan-mampu-pupuk-perpaduan-kaum

http://kakiwriter96.blogspot.com/

https://kerjaberkumpulan.blogspot.com/2016/10/punca-punca-berlakunya-masalah-perkauman.html

http://www.myhealth.gov.my/perkauman/

http://jafawaraya.blogspot.com/2016/07/perpaduan-dan-perkauman.html

http://isuperpaduandanperkauman.blogspot.com/2016/07/perpaduan-dan-perkauman.html

LAMPIRAN










Ulasan